Gosip Artis

PU Riz Dan Neelofa Rapat Atas Faktor Kerja

PU Riz Dan Neelofa Rapat Atas Faktor Kerja – Pendakwah dan juga seorang pelakon PU Riz Ismail melahirkan perasaan gembira kerana bakal menamatkan pengajiannya dalam bidang undang – undang di peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah universiti tempatan.

Riz atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail,25 kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di salah sebuah sekolah di Wangsa Maju. Dia akan berasa gembira jika dia dapat berkhidmat sebagai salah seorang kakitangan kerajaan.

“Kalau boleh, apa salahnya saya jadi cikgu. Bagus sekiranya ilmu yang ada pada saya dapat dikongsikan dengan anak murid. Orang yang baik adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. Ada pelajar-pelajar saya yang minat dengan Islam dah sekarang.

Menurutnya juga, tidak dinafikan dia menerima usikan beberapa pelajar wanita semasa hari pertama mengajar dan baginya ia adalah perkara biasa.

“Adalah sikit-sikit tapi bukan itu yang saya cari. Soal kacak itu bukan membawa ke mana pun.

“Kalau nak kata, mungkin boleh buat pelajar fokus terhadap kelas saya, maka okaylah,” katanya.

Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan pengacara terkenal, Neelofa, Riz berkata semua yang dilihat hanyalah atas dasar kerja semata – mata.

“Saya sudah banyak kali jelaskan mengenai ini sebelum ini. Saya minta maaf jika ada yang inginkan jawapan yang saya tak boleh bagi.

“Saya cuma cakap, saya dipanggil atas dasar kerja. Saya dah lama kenal Lofa dan program yang dibuat sebelum ini pun dapat perhatian media.

Menurutnya, seringkali dia memberitahu kepada umum bahawa Neelofa hanyalah rakan kerja tanpa membabitkan perkara lain.

“Nak kahwin kena ada empat perkara dan yang paling penting ialah agama. Kita ambil agama dan sesungguhnya agama akan membantu kita.

“Saya dan Lofa hanya bekerja sahaja. Jika kami kemana – mana berdua sekalipun ianya adalah atas dasar bekerja. Kami juga dah lama buat kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya lagi, perkara ini perlu dilihat sebagai satu usaha dakwah dan melakukan perkara yang baik.

“Bagi tahun ini saja kami berjaya kumpul lebih satu juta ringgit. Syukurlah untuk satu pertubuhan yang baru, ia dikira amat pantas.

“Bagi mengulas soalan samada Lofa ada ciri-ciri wanita idaman atau tidak, apa yang boleh saya katakan adalah saya menghargai usaha seseorang untuk menutup aurat dan sebagainya. Bukan Neelofa sahaja tapi semua wanita diluar sana yang menutup aurat dengan baik amat saya hargai,” katanya yang berhasrat mengumpul saham akhirat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker