PU Abu Dan Hana Azraa Kembali Menjadi Suami Isteri Selepas Lama Bersengketa

PU Abu dan bekas isterinya , Hana dikhabarkan telah kembali bersama selepas hampir setahun bersengketa di medai sosail dan berbalah tentang ketidakpuasan antara mereka.

Malah Hana juga sudah mengakui yang dirinya dan Abu sudah berbaik dan kembali menjadi suami isteri sejak bulan Ramadhan lalu namun ianya tidak dikongsi kepada orang ramai atau media atas sebab tertentu.

Mereka memilih untuk tidak tidak berkongsi kepada orang ramai berkenaan perkara itu kerana trauma dengan apa yang pernah berlaku terhadap hubungan mereka sebelum ini.

Sudah Berbaik

Namun masih berkongsi status bersama suaminya itu apabila memuat naik sebuah video di Instagram Story miliknya yang memaparkan dia bersama PU Abu bermsera dengan kapsyen tentang dirinya yang sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan suaminya itu.

“Alhamdulillah, ya saya sudah berbaik semula dengan PU Abu. Nak masuk bulan Ramadan adalah turning point saya pilih untuk berbaik dengan dia selepas hampir setahun juga sebenarnya lost contact.”

“Saya jadi trauma sebenarnya nak kongsi lebih-lebih sebab banyak hati nak kena jaga. Apa-apa pun, saya harapkan semua orang mendoakan baik-baik.”

Terdahulu, isteri pertama kepada PU Abu iaitu Puan Ain Afini dalam sebuah kenyataan telah berpesan kepada Hana agar tidak lagi menganggu hubungan dan rumah tangganya bersama PU Abu.

Hana sebelum ini juga pernah dikririk dan dikecam hebat kerana telah menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Abu dan Ain sehingga berantakan.

Sekadar info , Hana dan Abu berkahwin pada Mei 2019 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia tiga tahun namun berpisah pada April tahun 2020.

BACA INI :Farisha Iris Nafi Rampas Tunang Orang

Bukan itu sahaja , Abu juga mempunyai seorang lagi isteri iaitu Ain Afini yang dikahwininya pada tahun 2018 dan pasangan ini juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar dan Muhammad Aryan ‘Afi.

Leave a Comment