PU Abu Akui Terharu Namun Bersyukur Kerana Miliki Isteri Yang Setia

Beberapa tahun lalu , industri seni menjadi gempar apabila PU Abu yang dikenali sebagai seorang berwibawa dan dihormati ramai pernah menceraikan isterinya yang sedang hamil iaitu Ain Afini tanpa belas kasihan.

Malah bukan itu sahaja yang dilakukan kepada wanita penyabar itu , Pu Abu juga nekad menikahi seorang janda dan meninggalkan isterinya yang sedang sarat mengandung.

Disebabkan perkara tersebut , PU Abu telah menerima pelbagai kritikan dan dikecam hebat oleh netizen sehingga namanya tidak lagi menjadi pilihan stesen Tv dan tidak lagi muncul dalam program dakwah.

Melalui sebuah perkongsian daripada PU Abu di laman sosial miliknya , dia berkongsi gambar bersama keluarga dan sempat menitipkan beberapa ucapan manis buat isterinya itu.

PU Abu turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai wanita hebat dan setia disisinya malah mengakui isterinya itu sebagai  ‘wanita biasa’ pasti sudah angkat kaki apatah lagi sudah banyak kali dia membelakangkan wanita itu.

“Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni. Sabarnya persis arwah ummi.”

BACA INI : Dituduh Tak Amanah , Norreen Mengaku Terlepas Pandang

“Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun. Meredhai segala keputusan si suami.”

“Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki. Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yg terbaik buat anak-anakmu,” tulisnya panjang lebar.

Dalam hantaran terbaru pula , PU Abu juga memberikan bayangan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata ketiga pada tahun hadapan.

Akui Kesilapan Dan Setia

Malah melalui perkongsian di Insta Story, pendakwah bebas itu dilihat ada memuat naik satu perkongsian meluahkan rasa rindu buat isterinya serta meminta maaf di atas setiap kesalahan dilakukannya pada masa dahulu.

Menjengah keruangan komen pada hantaran tersebut , rata – rata netizen meninggalkan komen positif dan berharap agar PU Abu menjaga isterinya itu dan setia selamanya .

Netizen juga berharap perkara yang berlaku menjadi pengajaran buatnya dan tidak akan mengulangi perkara seperti itu pada masa akan datang kerana peluang tidak akan datang berkali- kali.

Leave a Comment