PIXAR Enggan Ubah Filem Untuk ‘Kepercayaan Mundur’

Pembikin filem blockbuster terbaru Disney-Pixar menjawab mengenai isu Buzz Lightyear, memberitahu bahawa mereka telah diberi amaran tentang kemungkinan tindak balas terhadap perkahwinan sejenis yang ditampilkannya, namun mereka tidak peduli.

Lebih daripada sedozen negara majoriti Islam enggan menayangkan “Lightyear” filem spin-off sci-fi daripada filem animasi Pixar bertajuk “Toy Story”, yang dijadualkan untuk tayangan global pada hari Jumaat sebagai penentangan terhadap perkahwinan antara dua watak wanita.

“Kami telah diberi amaran perkara ini akan terjadi,” kata penerbit Galyn Susman.

“Kami tidak akan menukar filem yang kami mahu buat hanya kerana beberapa negara yang mempunyai kepercayaan yang mundur,” katanya.

Walaupun banyak laporan memfokuskan kepada “ciuman lesbian”, adegan yang dimaksudkan sebenarnya lebih kepada ciuman singkat antara dua watak yang sudah lama berkahwin dan mempunyai anak.

Pengarah Angus MacLane berkata tiada usaha dibuat untuk mengubah filem itu untuk menyenangkan penapis.

“Kami membuat filem kami dan mereka tidak mahu menontonnya, jadi tidak mengapa,” katanya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini