Apabila bercakap tentang bakal suami, penyanyi versatile Shila Amzah memberitahu dia lebih suka untuk memilih lelaki yang bekerja keras berbanding yang berbakat.
Dia juga menolak lelaki yang hanya bergantung kepada harta dan kekayaan keluarga semata-mata tanpa berusaha sendiri.
“Saya akan memilih lelaki yang bekerja keras berbanding sekadar berbakat. Sebab orang yang suka kerja keras pasti akan melebihi orang lain. Itulah kriteria yang saya guna pakai dalam hidup juga.”
“Andaikan lelaki itu anak orang kaya, tapi tak reti kerja, harap ihsan ibu bapa, itu saya tak nak. Saya tak nak lelaki yang tiada hala tuju kehidupannya.”
Bercakap melalui pengalaman, dia turut menambah lelaki yang tidak bertanggungjawab ini tidak mungkin boleh diharapkan untuk menjaga orang lain.
Namun begitu, dia tetap dengan pendiriannya yang masih lagi terbuka apabila bercakap tentang jodoh. Dia tidak pernah menutup pintu hatinya dan menerima sekiranya waktu dan situasi itu tepat untuk jodoh itu hadir.
“Bila dia tidak bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, tak mungkin dia boleh bertanggungjawab terhadap orang lain. Saya cakap dari pengalaman hidup sebelum ini,”
“Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya sangat terbuka, tidak pernah menidakkan jodoh atau menutup pintu hati. Seandainya jodoh itu waktu, situasi, dan perasaan tepat, mungkin boleh terjadi.”