Pihak Muzium Mengakui Bukan Kim Punca Baju Marilyn Monroe Rosak

Baru-baru ini timbul isu dimana pakaian ikonik Marilyn Monroe telah rosak setelah dikenakan oleh Kim Kardashian di anugerah di Met Gala.

 

 

The Ripley’s Believe It or Not! muzium telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kim tidak sedikit pun telah merosakkan gaun tersebut. Gaun tersebut dipakai dalam masa yang sangat singkat.

” Seperti mana keadaan gaun sebelum Kim memuatkan gaun itu dibadannya, sehinggalah dia menanggalkan gaun itu. Kondisi gaun itu tetap sama seperti sebelumnya.” Kata Naib presiden penerbitan The Ripley’s Believe It or Not! Amanda Joiner.

Amanda Joiner adalah individu yang bertanggungjawab membawa gaun ikonik itu dari Orlando, Florida terus ke New York.

Pihak muzium juga menyatakan bahawa Kim tidak membayar apa-apa untuk memakai gaun itu, sebaliknya menderma dia kepada dua badan amal di kawasan Orlando yang lebih besar bagi pihak syarikat itu.

Untuk mengenakan gaun Marilyn Monroe itu, Kim 41, terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 9 kilogram dalam masa yang singkat. Dia juga sanggup tidak mengenakan apa-apa produk kecantikan di bahagian badannya sepanjang dia memakai gaun bersejarah itu.

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini