Usahawan produk kosmetik, Dato’ Seri Vida yang sebelum ini tular dengan kes klip video rayanya, memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya menegur Puteri Sari yang juga seorang influencer TikTok terkenal.
Dia dilihat sedang berceloteh panjang tentang konten TikTok yang dibuat Puteri yang menurutnya sebuah konten yang tidak cerdik dan seperti tidak sekolah.
Dia menegur tindakan Puteri yang membuat konten dengan membaling-baling duit palsu. Baginya duit adalah sesuatu yang tidak oatut dijadikan bahan gurauan.
“Puteri Sari, buat konten tak cerdik, tak sekolah. Main baling-baling duit. Konten-konten duit palsu. Duit adalah benda yang tak boleh dibuat gurauan.”
“Konten duit palsu ni merisikokan diri sendiri. Nak up. Nak bagi viral dengan campak-campak duit. Risiko dikecam, dikeji. Risiko duit ni ada roh yang tak boleh dibuang, dicampak walaupun palsu. Jangan buat konten murahan. Jangan buat konten tak cerdik begini”

Video TikTok tersebut mendapat pelbagai respon dari warga maya. Rata-rata memberikan komen tidak setuju dengan tindakan tersebut dan memberikan pelbagai saranan serta teguran.
“Betul tu Dato, kasi faham nak berlakon pun jangan pijak-pijak duit tu.”
“Dato buat report polis..Biar polis buat siasatan..Ni isu duit palsu. Karang merabak pulak duit palsu tu..”
“Sokong sangat-sangat Dato’ kalau betul duit tu palsu. Cuba bincvang dulu elok-elok. Jadi manusia biar beradab.”
“Aku yang takde duit tengok diorang buat macam tu rasa macam nak menangis je.”
“Sebelum keluar sepatutnya check dulu palsu ke tak sekiranya tak pasti bawa ke bank cek palsu atau tidak.”