Penjelasan Dr. Ariffin Tentang Syndrome Ramsey Hunt Yang Dihidapi Oleh Justin Bieber

Baru-baru ini Justin Bieber telah mengeluarkan kenyataan di akau Instagram miliknya bahawa dia terpaksa menangguhkan kesemua konsert yang bakal diadakan diseluruh dunia kerana mengalami lumpuh di separuh mukanya. Kondisi penyakit yang dialami Bieber adalah “Syndrome Ramsey Hunt”

“Semuanya adalah disebabkan virus yang menyerang telinga dan muka saya sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya dalam video tersebut.

 

“Seperti yang anda lihat mata sebelah ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di bahagian muka saya ini, lubang hidung tidak akan bergerak. Jadi sebelah muka saya hampir kesemuanya mengalami lumpuh”.

 

Di dalam satu hantaran di akaun Facebook Dr. Kamarul Ariffin menjelaskan bahawa “Syndrome Ramsey Hunt” berlaku kerana pesakit mengalami cacar air (chicken pox). Selepas pulih, virus masih kekal didalam saraf. Jika terkena di saraf rusuk ianya akan menjadi Kayap, jika berlaku dimuka ianya akan menjadi “Syndrome Ramsey Hunt”

Didalam hantaran yang sama Dr. Kamarul menyatakan juga bahawa Syndrome Ramsey Hunt hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih teruk. Sindrom ini juga boleh dirawat seperti merawat cacar dan kayap.

Ada juga bertanya pengikut Dr. Ariffin tentang sindrom ini akan berjangkit atau tidak. Ini jawapan pada soalan itu.

 

Didalam hantaran video, Bieber menjelaskan bahawa kepada mereka yang kecewa terhadap pembatalan konsertnya baru-baru ini hendaklah akur bahawa secara fizikalnya, dia memang tidak mampu untuk melakukannya.

“Saya harap anda semua faham. Saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali sihat seratus peratus supaya boleh melakukan apa yang saya dilahirkan untuk lakukan, Semuanya akan menjadi ok,” jelas Bieber.

“Saya yakin saya akan sembuh, saya percaya kepada Tuhan” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau juga berterima kasih kepada peminatnya yang turut bersabar. Beliau kini turut terlibat dengan sesi terapi seperti melakukan senaman muka untuk membantu dirinya kembali secara normal.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak mengetahui tempoh sebenar yang diperlukan untuk kembali sembuh sepenuhmya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini