Pengarah Tiga Janda Bidas ‘Haters’ Mat Kilau

Filem Mat Kilau masih kukuh dan menjadi fenomena baru dunia perfileman dengan kutipannya yang bertambah kian hari.

Namun tidak dapat dielakkan segilintir penonton yang tidak berapa suka atau kurang gemar dengan sanjungan demi sanjungan yang diberikan terhadap filem tersebut.

Terbaru, pengarah filem Tiga Janda Melawan Dunia yang kini sudah mula ditayangkan di Astro First pula memberikan komentar berkenaan isu terkait dengan Mat Kilau.

Hyrul Anuar dalam sebuah hantaran di laman media sosial milik beliau memberitahu bahawa dia pergi menonton kerana sukakan hasil kerja Syamsul Yusof dan mahu memberikan sokongan.

Dalam hantaran tersebut dia turut berpesan janganlah menonton semata-mata kerana hype kemudian mengecam mana-mana audien yang memberikan respon positif hanya kerana filem tersebut tidak kena dengan citarasa kita.

“Mat Kilau & Syamsul. Pergi sebab niat nak menengok dan sebab kau sukakan kerja Syamsul dan nak support dia. Kau pun tahu yang kau tengok ni, syamsul punya directing style dan kau pun tahu apa yang dia akan bagi. Tak boleh kau nak harapkan dia jadi Alfonso Quaron. Dia punya choice, audience dia suka & buat duit. Tamat.

Kau jangan pergi sebab hype, dan bila kau tak suka, kau nak salahkan audience yang suka. Selera masing-masing. Aku pun tengok dan aku tak harap apa-apa pun. Aku tweet benda yang elok jer. Sebab nak cakap benda yang tak elok pun, buat apa. Bukan dapat piala pun.

Kita hargai benda baik jer. Sebab, kalau bukan film mat kilau ni, orang tak berani nak jejak panggung. Kalau bukan syamsul yang direct, film ni tak kan sampai kutipan banyak ni. Benda ni menjadi, sebab Syamsul. Kau ingat, kalau director yang teramat bijak dan tinggi tastenya buat, akan sampai tinggi macam ni? Tidak yea.

Masa Mael Totey keluar dulu kat Astro First masa PKP, dan Finas bagi penghargaan Ikon Pengarah Muda. Bersepah orang senior dlm industri mengutuk. Tapi hakikatnya, Syahmi Sazli ada audience dia dan audience dia enjoy kerja dia. Kita yang kononya taste tinggi, dan bijak dalam film making dan philosophy kononnya, berjaya macam dia tak? Tak kan. Sebab Syahmi lah, buat orang industri bukak mata yang Astro First ni penganti panggung untuk buat duit masa PKP.

Untuk kita yang tak sama nasib macam Syamsul & Syahmi, kita belajar dan baiki mana kurangnya kat hasil kerja kita. Kalau kita rasa kerja kita ni tinggi nilainya, teruskan. Bantu audience kita ni develop taste. Orang tak hargai, mungkin sebab bukan cita rasa orang tu. Untuk kita, teruskan bekarya dan buat sehabis baik untuk diri kita.

Pada pengkritik, terima kasih bila buat kritik ada bagi kritikan membina. Kita perlukan orang-orang macam ni. Bukanya kau gi kat twiterland & Facebookland ni main sembur jer. Kalau tak ada benda baik nak cakap, duduk diam dan teruskan hidup.”

Leave a Comment

Share Artikel Ini