Penyanyi wanita popular, Siti Nordiana menzahirkan rasa bangga dan gembira selepas berjaya merakamkan lagu ciptaan komposer ternama, Datuk M Nasir yang bertajuk Menyantun Kasih.
Siti Nordiana, 38, atau lebih mesra disapa Nana mengakui dirinya terpaksa menunggu hampir lima tahun sebelum M Nasir bersetuju unutk membuat lagu dan bekerjasama dengannya.
“Boleh dikatakan saya insan terpilih juga. Semasa minta lagu tu, dia ada cakap bolehkah menyanyikan lagu saya. Gigil juga mendengar soalan tu.”
“Bukan apa saya kan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu ‘leman’. Saya pun cakap ubah suara menjadi lain semata-mata untuk lagu itu. Janji saya dapat lagu M Nasir.”
“Pertama kali minta lagu antara 2017 dan 2018. Kira lama jugalah dah minta, tapi baru tahun ni dia bersetuju,” ceritanya lagi.
Nana menyatakan bahawa dia perlu menjalani empat kali proses rakaman antara April hingga Julai lalu sebelum M Nasir berpuas hati dan bersetuju dengan nyanyiannya.
BACA INI : Jaafar Onn Kongsi Gambar Nikah
Walaupun mengambil masa yang lama unytuk pembikinan lagu tersebut namun dia berpuas hati bekerjasama dengan M .NAsir malah mengakui ketelitiannya dalam sesuatu karya agar berjaya menjadi lagu yang melekat dihati pendengar.
“Untuk lagu ini , empat kali saya masuk studio pada hari yang berbeza untuk merakamkan lagu ini. Setiap sesi antara lima hingga enam jam.”
“Memang susah puaskan hatinya. Dia cakap pada saya, suara saya lembut, jadi tak boleh bagi lagu berat. Kena ada kelembutan dalam lagu. Itu yang dia bagi lagu ini sekali dengan gubahan. Memang sangat kena dengan saya,” cerita Nana lagi.
Lagu Menyantun Kasih ciptaan M Nasir dan lirik oleh Keon Omar adalah kerjasama pertama Nana dengan M. Nasir dan dia berharap agar itu berjaya menjadi lagi pilihan pendengar.