Nama Fathia Latiff pernah menjadi fenomena ketika dahulu namun dia juga sering terkait kontroversi hangat sehingga namanya tenggelam dan tidak lagi berlakon.
Namun beberapa tahun kebelakangan ini , namanya kembali disebut apabila sudah kembali aktif dalam dunia lakonan dan bakal muncul dalam sebuah filem terbaru.
Baru- baru ini satu perkongsian wajah di Ig miliknya menjadi perhatian ramai sehingga banyak komen berkenaan wakjahanya ditinggalkan di ruangan komen hantaran berkenaan.
Malah ada yang mengatakan dia melakukan pembedahan plastik dan menyebabkan wajahnya berubah sama sekali dan tidak sama seperti wajahnya yang dahulu.
Fathia yang mengenakan suit bewarna biru dengan turban dengan warna yang sama dilihat cukup berbeza namun masih cantik seperti awal kemunculannya dahulu.
Wajah Berbeza
Bukan itu juga , netizen juga mengatakan wajahnya seperti biasa tetapi solekan yang dikenakan telah membuatkan wajahnya kelihatan lain dan banyak berubah.
Tetapi ramai juga netizen yang beranggappan gambar tersebut kelihatan seperti itu kerana pemakaian “filter ” di telepon dan juga “angel” yang sempurna ketika gambar diambil.
BACA INI :Ini Punca Mengapa Hafiz Suib Terpaksa Tarik Diri Daripada SFMM37
Fathia hanya mendiamkan diri tanpa membalas komen tuduhan yang mengatakan dirinya membuat pembedahan plastik malah memuat naik beberapa gambar yang lain .