Selepas tiga hari menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis beberapa hari yang lalu , penyanyi terkenal , Zamani telah sedar dan sudah dibenarkan keluar hospital semalam.
Kejayaan pembedahan Zamani telah dikongsikan kepada media oleh isterinya , Nur Juliana Abd Rani yang turut berkongsi bahawa keadaan kesihatan Zamani yang bertambah baik dan sangat terharu dengan doa orang ramai.
Nur Juliana yang sentiasa menemani Zamani mengakui takut semasa pembedahan dilakukan dan merasa bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Dia juga berharap agar Zamani kuat dan dapat kembali berjalan seperti biasa selepas menjalani proses pemulihan walaupun mengambil masa yang lama .
Berehat Lebih Lama
Juliana juga memaklumkan bahawa Zamani sudah dinasihatkan oleh doktor agar berehat lebih lama bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih dengan cepat .
BACA INI : Adira Akui Terpaksa “Ikat Peranakan” Atas Nasihat Doktor
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Zamani dibenarkan keluar hospital petang ini. Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, team operation dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi), semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya.
Melalui sebuah video yang di muat naik di Ig miliknya , Juliana turut berkongsi video perkembangan terbaru Zamani yang dilihat sudah boleh berjalan tegak semasa berada di hospital.
Zamani bakal menjalani rawatan fisioterapi dengan bantuan doktor pakar agar badannya dapat sembuh spenuhnya daripada pembedahan yang dilakukan dan kembali normal seperti biasa.
Sebelum itu , Juliana sudah memaklumkan yang suaminya dalam keadaan baik selepas 48 jam menjalani pembedahan dan sedang berada dalam pemantauan pihak hospital.