Pelakon Kapten Syers Harap Orang Tidak Cam Di Pasar Malam

Bagi penonton yang sudah menonton filem epik sejarah Mat Kilau pasti ingat dengan watak jahat bernama Kapten Syers. Wataknya yang berkesan itu membuatkan dia menjadi perbualan di laman media sosial.

Pelakon yang bernama Geoff Andre Feyaerts itu dilihat memuat naik hantaran di Facebook miliknya berharap agar penonton tidak cam wajahnya sewaktu terserempak di pasar malam.

Dalam hantaran tersebut dia turut mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam pembikinan filem itu terutama sekali pengarah Syamsul Yusof kerana memberinya peluang untuk melakonkan watak ikonik tersebut.

“Alhamdullillah tayangan perdana film premiere Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan memang luar biasa. Filem ini memang power!”

“Terima kasih kepada sahabat, pengarah hebat Syamsul Yusof dan penerbit-penerbit di Studio Kembara kerana bagi saya watak jahat Kapten Syers. Harap penonton tidak akan cam saya di pasar malam nanti”

“Terima kasih juga pada sahabat-sahabat Yayan Ruhian, Siraj Alsagoff dan Amy Begik sebab selalu tegas ikot arahan kapten mereka.”

“Terima kasih kepada Ellie Suriaty kerana banyak kongsi ilmu dan inspirasi dengan saya…”

“Terima kasih kepada Johan Asari sebab sentiasa jadi seorang sahabat yg humble dan penuh kasih sayang, walau berapa jahat pun saya”

“Senang cerita, terima kasih kepada semua barisan pelakon dan pasukan krew filem Mat Kilau sebab kamu semua hebat!”

Leave a Comment

Share Artikel Ini