“Pelakon Bagus Tapi Produksi Macam Taik” – Alvin Chong

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong sewaktu menghadiri Majlis Pelancaran siri Viu Original, She Was Pretty di Tropicana Gardens Mall meminta audien serta peminat mengubah persepsi terhadap karya seni tempatan.

Dia berpendapat kebanyakan lagu atau cerita yang baru mendapat kritikan dan kutukan sebelum sempat diberikan sebarang peluang.

“Saya rasa audience (penonton) kita kena ubah persepsi mereka terhadap produk (karya seni) tempatan. Ini disebabkan, kalau ada lagu atau cerita baharu, sebelum ia diberi peluang ada yang dah kutuk kata tak sesuailah, lagu tak sedaplah, patut orang lain yang nyanyilah”

“Nak buat macam mana, kami tetap cuba untuk berikan yang terbaik. Tak kiralah siapa pun dalam industri, kita tetap cuba buat yang terbaik,”

Namun Alvin tidak semata-mata menyalahkan satu pihak sahaja. Ada kalanya pelakon sudah memberikan yang terbaik namun terdapat pula kes produksi yang teruk.

Menurutnya perkara ini dapat diperbaiki sekirang terdapat persefahaman dan juga semangat bersatu padu untuk menaikkan nama industri.

“Tapi kadang-kadang kita tak boleh bergantung kepada satu pihak saja. Kalau kata dapat pelakon yang bagus tapi produksi macam ‘taik’ tak jadi, kalau produksi bagus tapi pelakon ‘kayu’ pun tak jadi juga.

“Kena ada persefahaman dan persediaan yang cukup di situ. Semua kena bersatu padu untuk menaikkan nama industri kita. Kalau tak, susah sebab kita dah banyak produk yang kurang membanggakan. Jadi penonton dah ada rasa kecewa dan ada tanggapan kurang baik terhadap industri,”

Leave a Comment