Paru-Paru Berdarah , Nad Zainal Terpaksa Ditidurkan

Semalam pelakon kecik molek , Nad Zainal kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.

Kini dia dilaporkan terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas melakukan pemeriksaan agar mendapat rehat yang cukup dan paru-paru kembali kering.

“Saya difahamkan Nad Zainal mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Tapi saya tak tahu sebenarnya bila dia kena tu.”

“Yang saya dapat maklumat dari pembantu peribadinya, dia baru saja dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya stabil cuma masih di ICU,” jelas Aina Liza iaitu kawan baik kepada Nad.

Pemeriksaan 

Bercerita tentang penyakit yang dialaminya itu , rakannya itu turut memberitahu Nad sebelum ini ada melakukan pemeriksaan doktor namun tiada perkara serius selepas pemeriksaan.

“Sebelum ini dia memang ada pergi pemeriksaan doktor tapi ingatkan tak serius. Mungkin long covid tapi tulah saya pun tak berapa apsti apa,” katanya. 

Aina tampil unutk berkongsi keadaan Nad selepas mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga dan sempat memohon agar orang ramai mendoakan aktress berbakat tersebut.

BACA INI :Atas Nasihat Doktor , Ebby Yus Terpaksa Berehat Seketika

“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.”

“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.

Malah pelakon Ungku Ismail turut memuat naik satu kenyataan di Insta Story memohon orang ramai mendoakan agar Nad diberikan kesembuhan.

“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” tulisnya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini