Nama Masya Masyitah kembali menjadi bualan ramai apabila sekali lagi berongsi gambar di media sosial miliknya dengan pakaian yang dikatakan sengaja mempersendakan pakaian sopan wanita .
Kali ini dia tampil dengan menggayakan sarung kaki jarang yang menampakkan bahagian pahanya namun tiada penjelasan berkenaan perkara itu kerana ada yang mengatakan dia memakai seluar berwarna kulit pada bahagian dalam .
Namun ramai yang tidak bersetuju dengan pakaian yang digayakan oleh Masya kerana dikatakan keterlaluan sehingga menyebabkan tanda tanya kepada orang ramai sehingga mengkritiknya.
Publisiti Murahan
Dia yang sememangnya berhijab sejak muncul di kaca TV , seharusnya faham dengan etika berpakaian bagi seorang muslimah bertudung namun dikatakan sengaja mahu mencari publisiti murahan dengan fesyen seperti itu.
Malah ada yang melabelkan Marsya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, sebagai artis yang dahagakan perhatian kerana sanggup melakukan perkara tidak disukai ramai demi meraih perhatian walaupun hanya dengan kecaman netizen.
Menerusi perkongsian tersebut , Masya dilihat memakai tudung dan mengenakan skirt pendek berserta sarung kaki yang terlihat sangat jarang beserta but tinggi berwarna hitam.
Fesyen yang digayakan sama seperti karekter dalam animasi gadis jepun yang sedang menjadi ikutan remaja zaman kini kerana gaya itu sedang popular sekarang.
Menjengah keruangan komen perkongsian tersebut , Marsya tidak membalas segalam kecaman yang dilemparkan kepadanya dan hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang komen berkenaan isu itu.
Malah dia dilihat hanya membiarkan netizen meninggalkan komen beserta cemuha kepada tanpa henti sejak mula gambar tersebut dikongsi di media sosial miliknya.
BACA INI :Bekas Isteri Radhi OAG Tuntut RM300,000 Bagi Perbelanjaan Anak
Terdahulu , Masya pernah dikecam hebat selepas berpakaian tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung namun tidak pernah peduli dengan kritikan orang lain dan masih melakukan perkara yang sama berulang kali tanpa rasa bersalah .