HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

“Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal,” – Talita Menangis Kena Ejek Di Sekolah

Lutfi Shah by Lutfi Shah
June 2, 2022
in Gosip, Keluarga
0 0
0
“Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal,” – Talita Menangis Kena Ejek Di Sekolah
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dinafikan, pemergian penyanyi berbakat dan juga isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin masih tetap dirasai sehingga ke hari ini walaupun sudah hampir 10 bulan Allahyarhamah pergi meninggalkan kita semua.

Ahli keluarga Allahyarhamah pastinya sangat rindu dengan beliau kerana hubungan mereka sekeluarga sememangnya akrab dan kehilangannya meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Terbaru menerusi laman instagram Ibu Tiri Allahyarhamah, anak perempuan Shuib iaitu Talita mencuri perhatian ramai apabila luahannya membuatkan ramai sebak.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Talita yang mesra disapa Dekta menangis dan memeluk neneknya selepas pulang dari sekolah.

Apabila ditanya, Dekta menyatakan bahawa dirinya diejek oleh salah seorang rakan, dengan berkata “padan muka ibu dia dah meninggal”.

Mendengar luahan tersebut, neneknya iaitu Siti Fatimah Suberi lantas menenangkan Dekta, dan menasihati kanak tersebut supaya banyakkan bersabar.

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat COVID-19.

Allahyarhamah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos tahun lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist