HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

Padah Tempah Pondan Separuh Bogel Menari Di Majlis Rumah Terbuka, Instafamous Dicekup

Lutfi Shah by Lutfi Shah
May 30, 2022
in Gosip
0 0
0
Padah Tempah Pondan Separuh Bogel Menari Di Majlis Rumah Terbuka, Instafamous Dicekup
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang Instafamous telah ditahan pihak polis berikutan tindakannya menempah beberapa orang penari pondan bagi aktiviti rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri.

Instafamous yang dikenali sebagai Cik Lala 24, telah ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) bangunan kediaman

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang memaklumkan kejadian itu telah berlaku antara jam 8 malam sehingga 11.30 malam di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City.

Ujar Iqbal, sekumpulan penari pondan itu telah membuat tarian separuh bogel berserta muzik yang kuat selain pembakaran bunga api di kawasan awam.

Dikatakan Cik Lala telah menganjurkan sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri dan menyewa unit tersebut pada harga RM 4,000. Majlis tersebut dihadiri oleh 50 orang tetamu yang terdiri daripada kenalannya.

Cik Lala telah ditahan reman atas kesalahannya itu sehingga esok. kes akan disiasat mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini kejadian tersebut telah tular di Tiktok sehingga mendapat kecaman umum.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist