“Pada Suria FM, Be Profesional” – Shahrol Shiro

“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi ali pula”

Begitulah pembukaan ayat yang ditulis oleh Shahrol Shiro berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar Stesen Radio Suria FM, DJ Lin yang dikatakan terkilan dengan pemergian Fizi Ali ke stesen radio lain.

Shahrol dilihat berkongsi dengan panjang lebar pendapatnya yang kurang senang dengan kenyataan yang dianggap tidak profesional itu.

“Selepas isu yg terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yg pernah bertugas menabur bakti disana, rupanya masih sama.

Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti team bola sepak tetapi sy melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai tersebut.

Johan meninggalkan era fm tetapi stesen radio tersebut tidak mengeluarkan kenyataan yg berbaur negatif dan kita semua diluar ini tidak tahu pun punca beliau keluar.Ini contoh sikap profesional yg patut dicontohi.”

Dia turut berkongsi bagaimana sebelum ini perkara yang sama berlaku kepada dirinya apabila dia berhenti menjadi penyampai di stesen radio yang sama dan ianya memberikan kesan terhadap dirinya

“Kenyataan memburukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar.Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yg mengatakan masalah disiplin sy pada hal sy sudah menerangkan kejadian sebenar.

Pada Suria fm, be profesional dan belajar menghargai mereka yg pernah berjasa di syarikat kamu.Pada sahabat sy Fizi ali bersabarlah dengan dugaan dan telah membuat keputusan yg tepat pergi ke stesen hot fm yg menduduki ranking lebih atas dari stesen radio lama kamu”

Leave a Comment

Share Artikel Ini