Setelah Afiq membuat laporan polis berkenaan isu yang melanda rumahtangganya dan berkongsi di media sosial , kini isterinya kembali tampil mempertahankan haknya sebagai mangsa .
Afiq telah didakwa mengasari isterinya namun mendapat sokongan daripada adiknya , Aishah yang menepis dakwaan bahawa abangnya bertindak kasar kepada kakak iparnya itu tanpa sebab.
Pachara Apin pula mengakui bahawa suaminya itu sering bertindak ganas dengan cara mengasari dan memukulnya sehingga jari manisnya turut patah dan cedera pada bahagian tubuh yang lain.
Malah dia pernah dipukul kerana yang hal yang remeh dan kecil walalupun dengan menegur suaminya itu atas hal yang tidak perlu membuatkan pergaduhan besar seperti memukulnya.
“Ketika itu saya menegur Afiq meletakkan buah epal dalam peti sejuk dan dia naik angin. Dia terus marah dan mula menampar saya. Tolak kepala saya ke dinding, cekik leher saya dan patahkan jari manis saya.”
Panas Baran
Pachara mengatakan yang dia sudah mengetahui tentang sikap Afiq yang sememangnya panas baran sebelum mendirikan rumah tangga namun masih menerimanya.
Malah pernah satu kejadian , Pachara dipukul Afiq namun Afiq memberitahu bahawa dirinya ‘dirasuk’ ketika memukul Pachara dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi setelah berkahwin.
“Ternyata tidak seperti yang dijanjikan, malah keadaan menjadi lebih teruk apabila saya ditumbuk, diterajang hanya kerana perkara kecil.”
Pachara juga menceritakan yang dia telah membuat laporan polis berkenaan isu pukul tersebut namun telah menarik balik dakwaan kerana merasa kasihan kepada suaminya itu.
Namun merasa terkilan dan kecewa kerana dia pula yang dituduh memukul Afiq dan keadaan semakin kecoh apabila adik kepada Afiq sibuk menyebarkan cerita tentang rumahtangga mereka.
BACA INI :Dato Awie Dalam Proses Pemulihan Selepas Seminggu Dimasukkan Ke Hospital
“Disebabkan kasihankan dia saya tarik balik laporan itu. Saya ingatkan bila dia sudah bebas dia akan berterima kasih tapi menuduh saya pula yang memukulnya,”ceritanya lagi.
Sekadar info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019 setelah setahun berkenalan di sebuah set penggambaran drama berjudul Air Mata Syurga.