PA Dato Vida , Diyla Kini Tampil ‘Free Hair’ Dan Jadi Penyanyi

Semalam , pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik terkenal , Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Diyla telah memaklumkan dirinya kini sudah bergelar penyanyi tanpa pengetahuan majikannya itu.

Namun, apa yang lebih mengejutkan orang ramai apabila penampilan terbaru daripada Diyla yang kini dilihat tidak bertudung dan mengaku dirinya memang tidak bertudung sejak dahulu lagi.

Malah mengatakan kemunculannya sebelum ini bertudung kerana bekerja dengan Dato Seri Vida dan menghormati permintaan majikannya itu yang mahukan dia bertudung semasa bekerja.

“Sebenarnya dekat luar saya memang free hair, saya pakai tudung bila bekerja sahaja sebab saya kena jaga nama Datuk. Tapi untuk lagu ni, saya pilih untuk jadi diri sendiri.”

BACA INI : Filem Prekuel ‘Mat Kilau’ Dalam Perancangan Namun Tanpa Syamsul Yusof Dan Adi Putra

Menjengah ke ruangan komen Ig miliknya , rata-rata netizen mengkritik tindakan Diya dan mengecam penampilannya yang dikatakan kelihatan tua apabila tidak bertudung.

Namun masih juga ada yang mengiyakan pengakuan tidak bertudungnya itu dan menyokong tindakan Diyla yang mahu menjadi penyanyi dan mengejar cita-citanya itu.

Diyla yang sudah tampil dengan single pertama dengan lagu berjudul Khilaf duet bersama TikToker terkenal , Faiz Aizif juga telah berkerjasama dalam muzik video berkenaan.

Keputusan Muktamad

Keputusan Diyla untuk menceburi bidang nyanyian adalah kerana minatnya yang mendalam sejak daripada zaman sekolah lagi dan sangat gembira kerana berpeluang mengembangkan bakatnya itu.

“Masa saya buat lagu ni pun Datuk memang tak tahu apa-apa, saya rahsiakan dulu sebab saya masih bekerja dengan Datuk.”

“Sekarang ni masa yang tepat untuk saya lebih kedepan. Saya berterima kasih kepada Datuk kerana beri peluang saya bersama dengan Datuk selama 12 tahun.”

Malah Diyla mengakui dirinya memerlukan masa yang lama untuk berfikir tentang minatnya itu kerana masih sayangkan pekerjaan dan majikannya namun merasakan dirinya sudah bersedia untuk mengejar impian sebagai penyanyi.

“Sejujurnya tak terdetik pun nak tikam atau betray Datuk, sebab Datuk adalah seorang yang sangat baik bagi saya, banyak membantu. Ini masa untuk saya diberi ruang.”

Diyla kini sudah tidak bekerja dengan DSV demi mengejar mengejar cita – citanya untuk menjadi penyanyi terkenal namun masih mempunyai hubungan baik dengan DSV .

Leave a Comment