Gosip Artis

Orang Akan Dengar Lagu Kita, Kalau Lagu Itu Sedap – Khai Bahar Tak Takut Nak Bersaing

ORANG Akan Dengar Lagu Kita, Kalau Lagu Itu Sedap – Khai Bahar Tak Takut Nak Bersaing – Khai Bahar yang baru sahaja melancarkan musik video (MV) lagu terbarunya yang bertajuk Durja berkata dia tidak takut dan bimbang dengan persaingan sihat daripada artis seangkatan dengannya.

Khai Bahar yang selalu berpegang kepada prinsip dimana lagu yang berkualiti akan mampu menarik para pendengar! Khai juga berpendapat masyarakat hari ini sudah bijak serta bersikap terbuka dalam memilih sesuatu lagu atau karya.

“Alhamdulillah! Sambutan MV lagu Durja sangat baik… jika lihat ramai artis lain pun lancar MV pada waktu ini tapi saya tak melihat ianya sebagai satu persaingan.

“Sekarang ini, apa yang saya fikirkan adalah untuk menghasilkan lagu yang berkualiti dan juga mesra telinga.  InsyaAllah pendengar akan suka dan menerima lagu kita sebaiknya,” katanya.

Lagu Durja yang merupakan ciptaan Iqie Hugh, Omar K dan Khai Bahar itu telah dilancarkan secara eksklusif menerusi aplikasi muzik Joox pada hujung bulan lalu. Buat masa sekarang, Khai Bahar lebih suka explore apa sahaja jenis lagu, ingin lihat penerimaan peminat.

Manakala MV Durja yang dilancarkan di Youtube Joox Malaysia pada 1 September yang lalu telah pun menerima lebih daripada 500,000 tontonan.

Sementara itu, penyanyi yang berusia 26 tahun ini berkata dia selalu terbuka dalam menerima kritikan pendengar bagi memperbaiki diri dan memantapkan bakat nyanyiannya.

“Saya sentiasa belajar daripada kesilapan, sebelum ini juga saya pernah dikritik. Jadi saya mengambil peluang untuk memantapkan lagi karier saya dan memperbaiki apa yang salah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker