Normah Damanhuri Sedia Terima Kritikan Memakai Rambut Palsu

Normah Damanhuri yang muncul dengan filem Tiga Janda Melawan Dunia tampil menggunakan ‘wig’ ketika melakonkan wataknya sebagai Rohayu walaupun dia hakikatnya bertudung.

Menurutnya perkara ini lagi okey kerana dia masih tidak betul-betul memperlihatkan rambut sebenar miliknya. Dia juga sudah sedia maklum dan terima sekiranya menerima sebarang kritikan dari penonton filem tersebut.

“Saya memang bertudung. Tapi untuk filem Tiga Janda Melawan Dunia ini, saya dah kata kepada pengarah boleh kalau pakai wig (rambut palsu). Ia bagi saya lagi okey, kerana tak sampai betul-betul menampakkan rambut”

“Itu saja had komitmen yang boleh saya berikan untuk filem ini. Saya juga sudah sedia terima kritikan daripada penonton dan biarlah mereka nak kata apa pun”

Tambah pelakon berusia 68 tahun itu lagi, lakonan adalah kerjayanya dan dia sanggup melakukan sebaik mungkin untuk setiap watak yang dia lakonkan.

Pengarah filem tersebut juga sudah bertanya terlebih dahulu tentang sejauh mana dia sanggup untuk memberikan ruang kepada pengarah tersebut untuk bereksperimentasi dengan watak yang diberi kepadanya.

“Lakonan adalah kerjaya saya dan untuk itu cuba melakukan sebaik mungkin bagi setiap watak dilakonkan. Apatah lagi, pengarah, Hyrul Anuar sudah bertanya dan membincangkannya dengan saya terlebih dulu”

“Dia (Hyrul) sendiri ada bertanya kepada saya secara terperinci tentang sejauh mana kesanggupan saya untuk membenarkan sutradara bereksperimentasi dengan watak yang diberikan itu”

Leave a Comment

Share Artikel Ini