Sebelum ini , status rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pernah menjadi tanda tanya kerana dilihat memadam gambar lama bersama suaminya itu .
Namun Nabila menolak dakwaaan bahawa hubungan mereka berantakan dan terus berkongsi video dan gambar terbaru bersama suaminya di media sosial.
Terbaru , khabar angin kembali menjadi tular apabila Engku Emran tidak kelihatan semasa menghantar Nabila ke lapangan terbang untuk pergi menunaikan umrah bersama anaknya , Jebat.
Malah kehadiran Sharnaaz mendapat pujian ramai kerana masih berbaik dengan bekas isterinya dan hadir untuk menghantar serta menemani anaknya sebelum berlepas ke Madinah.

Menurut beberapa sumber daripada media , pasangan yang telah bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Tidak Tinggal Sebumbung
Difahamkan, hubungan mereka sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila tiada foto atau video terbaru bersama di media sosial masing-masing.
Namun tiada penjelasan terbaru daripada Nabila tentang desas desus berkenaan kerana sedang menunaikan umrah bersama keluarga dan anaknya.
Menjengah ke runagan komen perkongsian gambar tersebut , rata – rata peminta mendoakan agar hubungan Sharnaaz dan Nabila baik selamnya demi Jebat .

Nabila dan Engku Emran telah berkahwin pada 19 Mac 2021 dan sehingga kini mereka masih belum dikurniakan anak .
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti terkenal tanah air iaitu Erra Fazira dan telah mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Engku Aleesya.
BACA INI :Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu
Engku juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila juga pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020 dan pasangan ini telah dikurniakan anak lelaki bernama Jebat.