Noh dan Mizz Nina Sah Bercerai Talak Satu?

Kini Sedang hangat diperkatakan tentang hubungan rumahtangga antara Mizz Nina dan vokalis kumpulan Indie terkenal Hujan iaitu Noh salleh yang dikatakan semakin retak.

Bukan itu sahaja dakwaan satu video Noh yang telah curang dengan Mizz Nina juga telah tersebar.

Berita dari Harian Metro, dimana sumber yang mereka percayai menyatakan bahawa pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Dikhabarkan bahawa Harian Metro masih lagi tidak dapat menghubungi kedua-dua pasangan selebriti ini untuk mengesahkan perkara tersebut.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pada April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Leave a Comment

Share Artikel Ini