Nelydia Senrose Dan Suami, Tunai Ibadah Haji!

Pelakon, Nelydia Senrose merakamkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Berkongsi berita baik di akaun Instagram, Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, turut memaklumkan, dia menunaikan ibadah tersebut dengan ditemani suaminya Mohd. Hafez Halimi.

“Saya dan suami dengan penuh rasa kesyukuran, gembira dan tawaduk di atas kebesaran sang pencipta yang Maha Pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji.

“Ini adalah anugerah Allah yang Maha Agung buat kami berdua. Segala yang saya hajatkan. Semua yang saya impikan.

“Apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Dalam entri sama, Nelydia dengan rendah diri memohon kemaafan kepada semua yang mengenali dirinya serta memohon doa orang ramai agar perjalanan dan urusannya haji dipermudahkan.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang disedari mahupun yang tanpa sengaja, terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami

“Saya mohon dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dengan izinya-Nya mendapat haji mabrur,” katanya lagi.

Leave a Comment

Share Artikel Ini