Sejak semalam tular sebuh video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan wajah anak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Dalam video berkenaan , Neeloga di lihat di sebuah klinik dan sedang mendukung seorang bayi lelaki dan orang ramai menyangka bayi tersebut adalah Bilal.
Sejak awal kelahiran Bilal , Neelofa sudah mengumumkan bahawa dirinya dan sumai tidak akan mendedahkan wajah anaknya kepada umum atas sebab peribadi .
Namun telah merubah keputusan tersebut apabila sering berkongsi moment indah dan juga sedikit demi sedikit bahagian tubuh anaknya sehingga membuat keputusan unutk berkongsi wajah anaknya dalam masa terdekat.
Terkilan
Setelah tular video tersebut sehingga menjadi perhatian ramai dan diketahui oleh NEelofa , dia tampil menyatakan rasa terkilan kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan wajah anaknya tanpa persetujuan daripadanya.
Kelakuan individu tersebut seolah- olah tidak menghormati keputusannya dan privasi mereka walaupun ia terjadi di kawasan orang ramai.
“Macam ni lah… sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar (Bilal), takkan saya nak sorok muka dia?”
“Kemudian you all share dan upload, macam you tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu,” katanya lagi.
Neelofa nampaknya bergitu kecewa dengan perkara tersebut dan memohon dirinya diberikan ruang dan masa sebelum dia berkongsi gambar anaknya nanti.
“Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan.”
Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?” katanya.
BACA INI : Mizz Nina Dipilih Sebagai Ikon Aktivis Kemanusiaan
Neelofa katanya akan bercuti dan pergi melancong dalam masa terdekat dan bakal membuat satu pengumuman penting selepas bercuti nanti.