Neelofa Dah Lama Tahu Tentang Ira Kazar, Puji Puteri Sarah Masih Jaga Aib Suami!!

Kelmarin telah hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang menganggu rumah tangga dan kehidupannya selama 4 tahun iaitu Ira Kazar.

Puteri Sarah berkata tindakan saman itu merupakan jalan terbaik selepas lama diganggu serta demi maruahnya yang telah tercalar.

Perkongsian temubual kelmarin turut mendapat perhatian selebriti terkenal Neelofa yang turut meninggalkan komen yang dia sudah lama mengetahui tentang kehadiran penyondol itu.

Menurut Neelofa lagi, perbuatan pihak ketiga itu memang keterlaluan dan dia juga tidak sanggup hadam apa yang dilalui oleh Puteri Sarah.

“Kita borak banyak pasal ini, sampai at what point saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia terhadap awak (Puteri Sarah). Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui,” tulisnya.
Dalam pada itu, Neelofa menyifatkan Puteri Sarah seorang wanita yang kuat dan masih menjaga aib suaminya biarpun apa terjadi serta mendoakan segala kesakitan yang ditanggung digantikan dengan kebahagiaan.

 

“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang saya amat terkesan, meskipun apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga, jaga aib suami, banyak mengalah.

“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan , setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan. Amin,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata dia sangat lega berbuat demikian serta berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata mereka di luar sana yang senasib dengannya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini