Perkongsian daripada Fedtry Yahya tentang keadaan wartawan terkenal melodi , Nas Ahmad mengundang sebak netizen apabila Nas terlihat sangat kurus dan cengkung.
Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtry Yahya mengesahkan bahawa Nas yang terkenal dalam rancangan Melodi mengalami masalah jantung yang teruk .
Nas dikhabarkan terpaksa menerima rawatan beberapa hari kerana masalah jantung yang dihadapinya itu dan sudah semakin pulih selepas beberapa hari dirawat.
Kini beliau sudah dibenarkan kembali ke rumah untuk berehat dan dijaga oleh ahli keluarga namun mash belum pulih sepunuhnya dan perlu mendapatkan rawatan susulan.
“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” kongsi Fedtry menerusi Twitter miliknya pada Rabu lalu.
Jalani Pembedahan
Malah Fedtry turut berkongsi di laman story insta miliknya tentang sumbangan yang diperlukan oleh Nas untuk menjalani pembedahan jantung yang memerlukan kos yang tinggi.
Namun tiada sebarang kenyataan daripada Nas berkenaan perkara tersebut dan Nas kini masih belum berjaya dihubungi oleh pihak media .
Sebelumnya , Nas Ahmad pernah berkongsi tentang keadaan dirinya yang terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan kerana faktor kesihatan yang dialaminya namun tidak berkongsi tentang apa yang dihadapinya ketika itu.
“Asalnya berdua… tiba-tiba, alamak bertiga. (merujuk kepada tongkat). Sabar, dugaan. Usaha dan berdoa agar kembali berdua semula nanti dengan izin-Nya,” tulisnya.
Menjengah keruangan hantaran yang dikongsi kepada media , rata – rata netizen mendoakan kesihatan wartawab terkenal tersebut dan berharap agar dirinya cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.
Sekadar info , Nas Ahmad merupakan wartawan melodi yang menemurah selebriti secara mengejut dan beliau sangat terkenal dengan tagline “Kita Terjah” .
BACA INI :Setelah 30 Tahun , Qi Razali Memilih Untuk berundur dari OAG
Beliau menjadi wartawan kegemaran penonton kerana kepetahannya dalam menerjah para selebriti namun ada juga yang tidak suka dengan sikapnya yang terlalu bersahaja itu.