“Nanti Rempit Rohingya Tu Kecam I Guna Fake Acc Macam Dulu2 Lah Tuew…Dasar Budak Takde Kerja” – Isteri Nazrief Nazri

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya masih lagi menjadi perdebatan sehingga Puteri Sarah telah mengenakan tindakkan undang-undang terhadap peganggu rumahtangganya Ira Kazar

Justeru itu, isteri kepada seorang selebriti tempatan Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma, telah mengeluarkan kenyataan didalam satu hantaran Instastory di akaun Instagram miliknya.

Melalui hantaran Instastory itu dia bertanyakan kepada Puteri Sarah tentang mengapa dia tidak mahu mengambil tindakkan undang-undang terhadap Ira Kazar.

“Ingat lagi dulu i tanya Sarah ‘kenapa kau taknak saman dia nok? Makin lama kau biar makin dia pijak kau”

“Terkejut dengan jawapan dia, salah satunya ‘aku bukan taknak saman, tapi nanti aku saman sapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, sapa nak tanggung family dia weyh”

Aizatul Aqma menyatakan dalam hantaran itu bahawa Puteri Sarah yang dikenalinya sangat baik dia tidak berbuat jahat kepada orang sehinggakan sanggup melukakan hati sendiri untuk menjaga hati orang lain dan begitu menjaga aib suami

Satu lagi hantaran telah dibuat di dalam Instastory miliknya. Menyatakan wanita itu akan mengecam tindakkan dirinya menggunakan akaun palsu yang pernah dia lakukan seperti dahulu

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini