“Nak Edit Filem Pun Boleh Menangis, Apatah Lagi Hal Rumahtangga” – Syamsul Yusof

Meskipun dilihat tenang, pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof mengakui berdepan tekanan berat berhubung isu rumah tangganya yang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Pengarah filem Mat Kilau itu berkata sebagai manusia biasa, dia juga tidak mampu mengelak tekanan seperti itu namun sentiasa cuba berfikiran positif.

“Gila, saya tak stres? Apa yang saya lalui ini cukup berat. Memang saya stres. Ketika buat ‘editing’ filem Mat Kilau dan Munafik 2 pun, saya boleh menangis, inikan pula hal rumah tangga sendiri.
“Tapi, saya selalu bangkitkan semangat saya semula. Saya sentiasa kata tak apa, tak apa, insyaAllah. Dan, saya seketika fikirkan juga kejayaan yang sudah saya kecapi dan selalu menghargainya.
“Apapun, saya sentiasa rasa bersyukur dengan rezeki Allah ini. Sebab saya tahu, ‘it comes with a price’. Jadi, ujian kau pun besar lah,” kata pengarah berusia 38 tahun itu.

Syamsul berkata, dia sudah menjangka filem Mat Kilau akan menjadi fenomena namun tetap tidak dapat menyelesaikan masalahnya walaupun mempunyai duit.

“Meskipun saya dah dapat rasakan filem Mat Kilau ini akan ‘success’ meletop, tapi masalah saya bukan selesai pun. Tak ada.
“Duit bukan segalanya. Ini semua proses perjalanan hidup dan saya layankan saja perlahan-lahan,” ujarnya.

Tambah anak kepada pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam itu, kekuatan terdapat dalam dirinya mungkin daripada ibu bapa selain pengalaman dilalui sebelum ini.

“Saya pun dah hadapi ujian yang banyak, antaranya filem KL Gangster 2 yang bocor dulu. Banyak lagi benda yang orang tak tahu, family.
“Tapi, apabila dah ditimpa ujian-ujian yang berat ini, apakah kau akan ‘surrender’ atau kena jadi kuat, ia kena pilih dan saya juga sebenarnya hampir-hampir (tewas). Tapi, entahlah kalau cakap lebih-lebih macam ustaz pula,” luah bapa dua cahaya mata itu.

Terdahulu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof itu terpalit kontroversi apabila isterinya Puteri Sarah Liyana mendakwa diganggu orang ketiga dalam hubungan rumah tangga mereka..

Leave a Comment

Share Artikel Ini