Gosip Artis

Naim Daniel Rasa Sebak Ternampak Momen ‘sweet’ Di Majlis Resepsi Mira Filzah

NAIM Daniel Rasa Sebak Ternampak Momen ‘sweet’ Di Majlis Resepsi Mira Filzah – Penyanyi yang sedang meningkat naik sekarang iaitu Naim Daniel yang meluahkan rasa sebak semasa menyanyikan lagu nyanyian asal Imran Ajmain, Seribu Tahun semasa majlis resepsi kedua Mira Filzah dan Wan Emir yang berlangsung pada ahad lalu.

Naim, 23 berkata perasaan itu semakin menebal semasa melihat tindakan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis yang diadakan di A Park, Puchong, Selangor.

“Tiba-tiba teremosi pula semasa perform Seribu Tahun hari ini, tambahan pula masa lirik jangan putus harapan sedia setia. Ketika itu saya ternampak Wan Emir genggam tangan Mira dengan kuat.” tulisnya di posting Instagram.

Selain itu penyanyi lagu yang popular dengan lagu Sembah ini juga mendoakan yang terbaik untuk pasangan berkenaan dan berharap jodoh yang berkekalan untuk mereka.

Selain daripada mengucapkan penghargaannya kepada Mira dan Emir yang sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.

“Hari yang sangat indah untuk mereka berdua dan saya doakan yang terbaik dan hanya yang terbaik untuk pasangan ini.

“Terima kasih kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk membuat persembahan di hari bahagia awak berdua,” ujarnya.

Pasangan ini telah sah menjadi suami isteri pada 3 September yang lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Pengantin perempuan telah menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin beserta 9 dulang hantaran berbalas sebelah dulang, namun wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi pertama di pihak perempuan pula berlangsung pada Jumaat malam di Hotel Le Meridien, Putrajaya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker