Nabila Tidak Sedih Tinggalkan MELODI

Hari ini merupakan hari terakhir pelakon Nabila Huda menjadi pengacara kepada program berita gosip hiburan popular di Malaysia, Melodi.

Nabila memberitahu bahawa kontraknya sudahpun berakhir setelah setahun menjadi pengacara rancangan tersebut.

Dia turut berkongsi perasaan gembiranya kerana diberikan peluang dan pengalaman menjadi pengacara.

“Kontrak saya memang berakhir bulan ini selepas setahun bergelar pengacara Melodi. Saya memang sangat gembira sebab diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama setahun,”

“Banyak kenangan manis sepanjang saya mengacarakan Melodi. Saya anggap ini sebagai rezeki kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, di saat ramai yang tidak dapat bekerja, saya diberikan rezeki untuk mengacara”

Baginya peluang ini merupakan suatu rezeki yang membukanya kepada dunia pengacaraan dan dari situ dia telah belajar banyak perkara.

“Di situlah bermula rezeki saya sebagai pengacara dan saya belajar banyak perkara baharu antaranya, bagaimana untuk mengendalikan program TV secara online dari rumah, bagaimana untuk buat tetapan kamera, pencahayaan dan sebagainya”

Nabila turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantunya di belakang tabir selama ini. Baginya semua ini lumrah dalam pekerjaan dan dia tidak berasa sedih untuk berpindah ke suasana kerja yang baharu.

“Saya nak berterima kasih kepada semua yang membantu saya di belakang tabir termasuklah rakan-rakan dan keluarga. Insya-Allah, saya nak aturkan satu majlis makan malam sebagai tanda terima kasih kepada mereka,”

“Saya tak rasa sedih sebab ini adalah lumrah dalam pekerjaan dan kehidupan. Selepas selesai dengan sesuatu, kita akan jumpa orang baharu di tempat baharu”

“Saya akan teruskan kerja-kerja lakonan memandangkan itu adalah keutamaan saya dan pengacaraan adalah kerjaya sambilan saya.”

Leave a Comment

Share Artikel Ini