Baru – baru ini tular tentang sebuah video di aplikasi Tik Tok tentang Atu Zero , selaku juri dalam rancangan The Masked Singer Malaysia telah meneka identiti seorang peserta dalam rancangan tersebut bukanlah Nabila Razali kerana Nabila dikatakan tidak boleh menyanyi secara live.
Disebabkan komen pedas tersebut , pelakon dan penyanyi, Nabila Razali telah tampil membuat hantaran di Ig mikliknya dengan mengakui dirinya terasa hati serta kecewa apabila dirinya menjadi bahan jenaka dalam program besar seperti itu.
Menurut Nabila , gurauan seperti itu mungkin kelakar bagi sesetengah orang namun tidak bagi dirinya yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik demi peminatnya.
“Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya ia tidak. Saya cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri setiap tahun. Hanya peminat setia sahaja yang tahu kemajuan yang saya buat,” katanya.
Malah Nabila turut memohon agar semua pelawak yang suka melawak tentang orang lain lebih berhati-hati dalam mencari bahan hanya semata – mata untuk membuat orang lain ketawa tetaoi menyakiti orang yang diketawakan.
Walaupun perkara ini sentiasa menjadi perbualan hangat dalam masyarakat namun ianya masih berleluasa dan menjadi ikutan pelawak baru dan orang ramai.
“Kepada semua pelawak di luar sana sila cari bahan yang lebih baik untuk membuat orang ketawa. Saya tidak nampak ini berbeza dengan body shaming.”
“Atau mungkin anda benar-benar perlu merendahkan seseorang supaya anda menonjol. Saya tak marah dia langsung. Cuma kecewa sikit,” jelasnya lagi.
Atu Mohon Maaf
Tidak hanya mendiamkan diri , Atu mengakui sudah menghantar mesej untuk memohon maaf kepada penyanyi tersebut menerusi DM di Instagram namun masih tidak berbalas.
“Saya dapat tahu hal tersebut apabila ada orang maklumkan kepada saya. Mungkin peminat dia. Jadi saya terus DM (direct messege) dia mohon maaf. Dia tidak balas mesej tersebut.”
“Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf,” katanya.
Menyedari kesilapannya itu , Atu mengakui dirinya salah apabial berkata bergitu dan dia berharap kata -katanya itu menjadi pembakar semangat kepada Nabila agar menjadi yang lebih baik pada masa akan datang.
Namun Atu berkata yang dia akan lebih berhati – hati selepas ini dalam memberikan komen atau melawak tentang individu lain kerana bimbang ada yang tidak boleh menerima lawak seperti itu.
“Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.
BACA INI :Syamsul Yusof Kini Tampil Buat Penjelasan Isu Kahwin Lagi
“Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah,” katanya.