Gosip Artis

Nabila Razali Akui Tak Layan Suami Orang

Nabila Razali Akui Tak Layan Suami Orang – Siapa yang tidak mengenali penyanyi dan pelakon yang senang meningkat naik sekarang, Nabila Razali yang mana mengakui hatinya masih belum dimiliki oleh sesiapa.

Dia memberitahu yang mana perasaan cinta, sayang, rindu dan patah hati semuanya sudah dilalui wanita ini. Namun begitu, semua perasaan itu hanyalah sekadar dalam lagu nyanyian mahupun watak lakonan yang dibawanya dalam layar televisyen.

Apabila ditanya mengenai jodoh, Nabila atau lebih akrab disapa Bella dilihat lebih selesa untuk fokus dengan kerjayanya walaupun kebanyakkan wanita sebaya dengannya sudah mula berumah tangga dan juga mengendong anak.

“Tipulah jika kata Bella tak mencari. Mata ini ada juga memerhati kalau ada calon yang sesuai. Tetapi, tak adalah sampai tahap memaksa diri mencari calon suami semata-mata kerana takut bergelar anak dara lanjut usia. Bella tak rasa usia masalah besar untuk wanita.

“Pun begitu, Bella tetap beringat dan jika boleh tak nak sampai usia lanjut tidak berkahwin lagi. Sesekali, keluarga ada juga mengingatkan diri supaya tidak terlalu sibuk dengan kerja hingga lupa soal perkahwinan. Cuma, buat masa ini, Bella belum nampak lagi siapa calonnya,” katanya kepada BH Online.

Faktor lain yang membuatkan pemilik nama lengkap, Nur Nabila Mohd Razali itu tidak berani meletakkan sebarang komitmen dalam berpacaran kerana tidak mahu kerjaya menjadi halangan utama.

“Bella tak pernah takut mahu bercinta, cuma risau. Jika bercinta ketika kerjaya sedang rancak, Bella tak dapat nak layan pasangan kerana terlalu sibuk dengan kerja. Kalau dapat yang memahami tak mengapa, tetapi jika sebaliknya, tak pasal boleh tercetus pergaduhan.

“Jika nak suruh cari pasangan dalam industri hiburan, Bella anggap mereka seperti kawan sahaja. Apabila bersembang, Bella tak ada nak rasa malu, seolah-olah menyimpan perasaan. Bella mudah mesra dengan semua orang.

“Kalau ada pun yang cuba nak serius, kebanyakannya kawan sekolah. Tetapi, mungkin sebab Bella sudah kenal mereka lama, tak berjaya nampaknya. Mereka rasa seperti kena ‘friendzone’ dengan saya,” cerita Bella sambil tertawa.

Walaupun dirinya masih belum mempunyai kekasih pada usia 27 tahun, namun itu tidak bermakna penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu sanggup menerima sesiapa sahaja sebagai teman hidup, termasuk lelaki berstatus suami orang.

“Itulah paling Bella takut, terjebak dengan cinta suami orang. Secara jujur, Bella risau kerana sebelum ini banyak cerita seperti ini yang didengar. Ini juga salah satu faktor mengapa Bella begitu berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.

“Tetapi, apa yang mampu dilakukan jika itulah ketentuan jodoh,” ujarnya.

Mengakui pernah berdepan dengan godaan lelaki hidung belang seperti itu, Nabila bagaimanapun enggan melayan perkara yang boleh memakan diri.

Nabila yang muncul dengan single Peluang Kedua, baru-baru ini dimana video muziknya turut mengundang ahli kumpulan hip hop popular, MK K-Clique.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker