Selepas beberapa video tular di media sosial , pelakon Sharnaaz Ahmad memohon jasa baik orang ramai agar menghormati status bekas isterinya, Noor Nabila yang masih lagi bergelar isteri kepada Engku Emran.
Walaupun terdapat gosip hangat tentang perpisahan antara Nabila dan suaminya Engku namun tiada kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.
Perkara itu membuatkan netizen kerap berkongsi video kemesraan Sharnaaz bersama Nabila di media sosial dan sering mendoakan agar mereka kembali bersama.
Akibat sering disuruh berbaik da bersama kembali , Sharnaaz tampil dan berpesan kepada netizen agar lebih behati – hati dalam menyebarkan video dan komen seperti itu kerana tidak mahu dituduh sebagai orang yang tidak bertanggungjawab.
Malah berharap agar orang ramai agar menjaga sensitiviti dan perasaaan suami kepada Nabila kerana mereka masih bergelar suami isteri yang sah.
“Saya tahu akan kewujudan video-video yang dimuat naik peminat di Tiktok dan saya ada menonton. Saya pun tak boleh nak menghalang mereka kerana itu akaun media sosial mereka.
Jaga Sensitiviti
“Tapi, kita kena sedar bahawa Nabila berstatus isteri orang. Janganlah berdoa seperti ingin meruntuhkan masjid orang lain. Kena fikir juga sensitiviti suaminya sebab dia pun ada perasaan. Dia bukan robot,” katanya.
Namun dia tidak mahu memperbesarkan perkra tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana peka kepadanya dan sentiasa mendoakan kebahagannya .
“Saya tak salahkan mereka yang mendoakan yang baik-baik dan saya ucapkan terima kasih. Cumanya, kena tahu dan jaga batas sensitiviti itu.
“Pada saya, bila melihat video-video itu, mereka (peminat) ini masih belum ‘move on’ dan maknanya, masih sayangkan kita. Terima kasih sebab masih ingat kepada kami,” jelasnya panjang lebar.
Sharnaaz mengakui hubungannya dengan Nabila sangat baik dan tidak berdendam dengan bekas isterinya itu kerana mereka lebih memberikan fokus kepada anak mereka yang sedang membesar agar mendapat kasih sayang yang secukupnya .
“Saya tak ada marah atau berdendam (dengan Nabila). Saya dah buang semua perasaan itu. Sekarang, kami adalah satu pasukan untuk membesarkan Jebat sebab saya rasa, Jebat pun tak rasa seperti kami bercerai,” katanya.
BACA INI : “Saya serahkan semuanya kepada Allah,”- Shiha Zikir
Dalam pada itu , Sharnaaz mengatakan yang dirinya kini sedang berkenala dengan seseorang tetapi mash tidak mahu berkongsi perkara tersebut kepada media kerana merasa segan dan malu apabila berkongsi kisah tersebut kerana kini sudah berusia.