Gosip Artis

Muatnaik Foto Hitam Putih, Elfira Loy Nafi Berdepan Masalah

Muatnaik Foto Hitam Putih, Elfira Loy Nafi Berdepan Masalah – Disebabkan perkongsian foto hitam pelakon Elfira Loy di Instagram milik dia dengan kapsyen yang menyatakan senyuman miliknya kini “limited edition” membimbangkan peminatnya.

Rata – rata netizen menganggap bahawa Elfira atau nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 26, kini berdepan dengan dugaan hidup. Namun begitu Elfira menjelaskan bahawa kapsyen tersebut tidak langsung berkaitan dengan keadaan dirinya, tambahan lagi mengenai dirinya sedang menghadapi masalah.

Dia menjelaskan bahawa foto tersebut merupakan satu – satunya foto candid yang diambil oleh suami saya ketika ada orang jaga Rayyan.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Khairol Faris Anuar di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya pada 1 Januari tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober tahun lalu.

Menurut Elfira juga, dia tidak mempunyai banyak foto dalam keadaan tersenyum disebabkan lensa kamera lebih tertumpu kepada anaknya iaitu Muhammad Ryan Khalaf.

“Foto saya senyum secara candid sangat terhad disebabkan anak saya. Ke mana sahaja kami pergi, kamera hanya pada dia. Album foto saya penuh dengan gambar dia saja.

“Sebab itulah satu-satunya foto candid saya yang diambil oleh suami ketika ada orang jaga Rayyan,” kata Elfira.

Pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu memberi penjelasan tersebut dengan memuat naik foto anak lelakinya itu di laman Instagram pada Jumaat.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan pujian buat anak Elfira dan ada juga segelintir netizen yang memahami situasi yang dihadapi aktres tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker