Baru sahaja diijabkabulkan pada tanggal 16 September lalu, penyanyi dangdut terkenal iaitu Mas Idayu kini menjadi sorotan gara- gara memuat naik posting terbaru di laman sosial miliknya.
Perkahwinan meriah dengan tajaan jutaan ringgit telah menjadikan perkahwinan mereka antara yang menarik perhatia media dan juga peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.
Malah Mas Idayu pernah memperlihatkan keakraban dirinya dengan anak tirinya dan mendapat pujian ramai kerana pandai mengambil hati anak tirinya itu.
Status Sedih
Melalui hantaran terbaru itu , dia telah memuat naik satu video tentaang wawancara seorang wanita bertanyakan keadaan selebriti wanita lain, tetapi selebriti tersebut menjawab ‘I’m okay’ sambil menahan sebak dan mengeluarkan air mata.
Malah kapsyen yang dibuat oleh penyanyi dangdut itu telah membuat ramai netizen membuat spekulasi pelabagai tentang hubungannya dengan suami dan menyangka dirinya mempunyai masalah rumahtangga.
BACA INI : “Penantian 5 Tahun Berakhir “- Siti Nordiana Kongsi Berita Gembira
Menjengah keruangan komen video berkenaan , rata – rata menanyakan tentang masalah yang dihadapinya dan memberikan kata-kata semangat dan berharap semuanya baik-baik sahaja.
Namun mendapat maklumbalas komen daripada MAs Idayu yang mengatakan dirinya ok tetapi tiada penjelasan lebih terliti tentang perkara tersebut .