Gosip Artis

“Mohon doakan nenek saya kembali sihat” – Zizan Razak Pulang Ke Kampung

“Mohon doakan nenek saya kembali sihat” – Zizan Razak Pulang Ke Kampung – Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak memberitahu bahawa neneknya kini dalam keadaan tidak stabil dan dia mengharapkan orang ramai mendoakan kesihatan neneknya.

Mohammad Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama Zizan Razak, 36, berkata dia serta keluarga terus bergegas pulang ke Terengganu sebaik sahaja mengetahui berita itu.

Pelakon filem Abang Long Fadil itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Namun begitu Zizan tidak berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami neneknya.

Pada perkongsian di laman Instagram tersebut dipenuhi dengan doa – doa daripada netizen serta rakan selebriti Malaysia yang lain seperti Datuk Aznil Nawawi, Ummi Nazeera, Johan dan ramai lagi.

“Walaikumsalam Zizan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat nenek Zizan. safe journey to Terengganu bro,” – Anuar Zain.

“Semoga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesembuhan pada nenek,” – Johan.

Pelakon Ramona Zamzam juga turut meluahkan rasa simpati kepada Zizan yang terpaksa bergegas pulang ke kampung dalam keadaan keletihan selepas tamat penggambaran pada malam, Jumaat.

Mari kita doakan semoga nenek Zizan Razak cepat sembuh!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker