HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

Mizz Nina Dipilih Sebagai Ikon Aktivis Kemanusiaan

admin by admin
October 11, 2022
in Gosip
0 0
0
Mizz Nina Dipilih Sebagai Ikon Aktivis Kemanusiaan
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Selebriti yang juga terkenal sebagai aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 42, bersyukur dan tidak menyangka dirinya dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina telah dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan kerana banyak menyumbang kepada misi kemanusian baik dalam hingga keluar negera.

Mizz Nina menitipkan rasa syukur kerana pertama kali mendapat anugerah seperti itu dan akan berusaha lebih baik unutk membantu orang ramai yang memerlukan.

BACA INI : “Rezeki Ditangan Allah,Tak Mahu Buka Aib Sesiapa , “- Wan Maimunah Terkilan Kerana Tidak Dihargai

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan anugerah yang tidak disangka-sangka ini. Saya rasa kurang layak untuk itu sebenarnya. Terdapat, ramai lagi pahlawan kemanusiaan yang lebih hebat daripada saya dengan lebih banyak pengalaman.”

“Walau bagaimanapun, saya ambilnya sebagai peringatan untuk saya terus beramal, insya-Allah. Ini adalah kali pertama menerima anugerah sebegini,” katanya.

Mula Aktif

Mizz Nina mula aktif sebagai aktivis kemanusiaan sejak 2013 selepas memilih untuk berhenti menjadi penyanyi .Malah, dia juga sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017 dan merasa tenang dengan apa yang dilakukan.

Pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya telah mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan rancangan bual bicara berkenaan penghijrahan.

Malah Mizz Nina juga memberikan komitmed dalam berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat menerusi jalinan kerjasama dibuat dengan pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan Into Taqwa Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Pada Mei tahun lalu, menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.

Mizz Nina kini sedang mengumpul dana bagi tuuuan memberikan bantuan banjir di Pakistan dan berharap mendapat sokongan dan bantuan orang ramai agar misinya itu berjalan lanjar.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist