Gosip Artis

Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Kepada Wan Emir Astar

Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Kepada Wan Emir Astar – Pelakon dan Pengacara terkenal Mira Filzah menitiskan air mata kegembiraan sebaik sahaja sah bergelar isteri kepada Wan Emis Astar dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.58 malam, Khamis. Tahniah diucapkan kepada Mira Fizah dan pasangan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan sendiri oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah. Majlis tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran yang dirahsiakan.

Antara barang hantaran istimewa Mira kepada Emir, 30, ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses ukiran nota pendek.

Majlis pernikahan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan disebabkan pandemik dimana hanya akan dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan petugas media.

Pada majlis yang bertemakan Mihrab Cinta, pasangan pengantin memakai busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah.

Majlis pernikahan Mira dan Emir turut disiarkan secara langsung melalui program MBuzz TV3 pada pukul 9 malam selama 10 minit selain di saluran YouTube TV3, mulai pukul 8.30 malam.

Mira bersama ibu, Faizatul Akmar Hisan dan bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Pada Jumaat lalu, Mira juga telah mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarga mereka di Bangi.

Pasangan merpati sejoli ini juga akan mengadakan sebuah majlis resepsi yang akan dilangsungkan di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam hari Jumaat dan akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Selain itu, terdapat satu lagi majlis resepsi yang akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada hari Ahad dan juga akan disiarkan secara langsung menerusi program Melodi.

Bila ditanya mengenai rancangan berbulan madu, heroin drama Bidadari Kiriman Tuhan dan pasangannya Emir merancang untuk berbulan madu serta bercuti di Langkawi.

Semoga Mira dan Emir bahagia hingga ke akhir hayat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker