Gosip Artis

Mira Filzah Mohon Maaf Jika Pernah Menyakiti Sesiapa, Sebelum Majlis Pernikahan

Mira Filzah Mohon Maaf Jika Pernah Menyakiti Sesiapa, Sebelum Majlis Pernikahan – Kita maklum dimana Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27 bakal memasuki fasa baharu dalam hidupnya beberapa jam lagi.

Menerusi Instagram milik dia, pelakon Mira Filzah yang akan diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.

“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.

Mira dan Emir bertunang pada Disember lalu.

“Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, ” ujarnya.

Mira bakal disatukan dengan tunangnya Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara Kuala Lumpur pada malam hari Khamis. Dalam pada itu, Mira juga meminta maaf kerana hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak dapat menjemput tetamu lebih ramai.

Dia juga mengakui bimbang jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang terasa hati disebabkan tidak mendapat jemputan sebagai tetamu hari bahagianya itu.

Majlis pernikahan Mira dan Emir akan disiarkan secara langsung di program Mbuzz di TV3 pada pukul 9 malam dan turut boleh disaksikan di YouTube TV3 pada pukul 8.30 malam.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker