Memang takut sampai tak boleh tidur,” – Azrel Ismail

Azrel bin Ismail dilahirkan pada 16 Januari 1984 merupakan seorang pelakon dan model yang mana dia pernah menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009 dan namanya melonjak naik apabila sering dipilih menjadi pelakon dalam banyak drama Tv.

Azrel yang dikatakan mempunyai iras Remy Ishak mengakui dirinya lebih memilih menjaga nama baiknya daripada mencipta kontriversi demi menaikkan namanya.

Dia lebih  percaya kepada bakatnya dan rezeki dan tidak mahu mencetuskan kebencian sehingga merosakka namanya walaupun perkara tersebut menjadi pilihan utama pelakon masa kini.

“Ada yang nasihatkan, buatlah kontroversi kalau mahu nama naik cepat dan dikenali. Tetapi, semua orang ada cara tersendiri untuk cipta nama dalam industri dan saya memilih dikenali tanpa bersandar kepada publisiti.”

“Saya akan pastikan nama bersih supaya fokus terhadap kerjaya lebih menyerlah. Mungkin sekarang nama saya tidak terlalu meletup, tetapi saya bersyukur kerana tawaran sentiasa ada.”

“Saya harap kepercayaan itu kekal sampai bila-bila. Asalkan masih relevan dalam industri, saya sudah cukup gembira,” katanya.

Berkongsi tentang kontroversi yang pernah melanda dirinya tanpa sedar , Azreal mengakui perkara tersebut tidak disengajakan namun telah mencetus kemarahan orang ramai sehingga dia kecam netizen.

Kecaman demi kecaman diterima telah menyebabkan dia terpaksa menutup ruangan komen dan tidak lena tidur kerana bimbang terus dikritik tanpa belas kasihan.

Tertekan

“Saya pernah termuat naik status yang mengundang kecaman netizen. Ketika itu, teruk saya diserang. Memang takut sampai membuatkan saya terfikir-fikir sehingga tidak boleh tidur.”

“Baru saya tahu itu rasanya apabila diserang netizen. Serangan mereka sangat kuat dan saya pula masih baru serta tidak tahu bagaimana untuk kawal keadaan.”

“Sampai satu tahap, saya terpaksa tutup ruangan komen kerana tidak mahu fikiran dibebani dengan komen negatif,” katanya.

BACA INI : Pat Candy Kongsi Pengalaman Mengapa Dirinya Menghilang Dari Dunia Seni

Perkara tersebut menyebabkan dirinya lebih berhati – hati apabila berkongsi sesuatiu kerana banyak mata yang memerhati dan netizen sentiasa mengambil peluang untuk mengkritik dan menghentam artis yang tidak disukainya.

Leave a Comment