Pelakon jelita , Fasha Sandha 39, baru – baru ini telah meyelar sebuah kenyataan daripada seorang individu yang menuduh dan dirinya menjalani pembedahan bariatik atau potong usus bagi mendapat tubuh langsing seperti sekarang.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan mengakui dirinya terkilan apabila orang ramai sering menuduh seseorang tanpa usul periksa dan menyebarkan tuduhan tidak berasas di media sosial tanpa memikirkan perasaan orang lai
“Zaman teknologi di hujung jari. Kadang-kadang kita boleh diam dan biar tetapi kalau dah melampau, sampai sebarkan fakta palsu lepas tu acah-acah bertanya menimbulkan fitnah memang kena tegur agar jadi iktibar untuk orang lain juga.
“Sebaiknya buatlah kajian sebelum tuduh. Bariatik atau jenis pembedahan yang hanya boleh dibuat sekiranya BMI (indeks tubuh) melebihi 28 ke atas (kategori obese) dan jika seseorang itu berpenyakit seperti darah tinggi atau gastrik.
“Sebelum ini BMI saya adalah 25.5 dan dikategorikan ‘overweight’, bukan obese. Saya tidak mempunyai apa-apa penyakit. Alhamdulillah,” katanya.
Komen Negatif
Fasha juga menyatakan yang tidak pernah memberikan komen negatif tentang individu yang melakukan pembedahan itu untuk menjadi lebih kurus cuma tidak mahu orang menuduh dia melakukan pembedahan hanya untuk mempromosikan produk kurus yang sedang diamalkannya kini.
Malah berkongsi kepada orang ramai yang dia begitu bersungguh dan mempunyai banyak cabaran untuk mendapatkan berat badan yang sekarang.
“Saya tidak akan pandang rendah kerana mungkin suatu hari nanti saya pula akan memerlukan rawatan itu,” katanya.
“Penurunan berat badan saya bukan cepat, sebaliknya mengambil masa lebih enam bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan, bersenam dan ambil produk pada waktu malam. Hanya itu saya perlukan buat masa sekarang,” katanya.
BACA INI :“Telan Sahaja Kerenah Artis Yang Disanjung Itu ,”- Shikin Kamal
Tidak mahu memanjangkan kes berkenaan , Fasah menerima permohonan maaf daripada individu tersebut dan berharap netizen tidak lagi sewenangnya berkata negatif kepada orang lain.