Memalukan , Fatin Afeefa Terkilan Bekas Suami Ungkit Kisah Cerai

Beberapa hantaran di aplikasi Tik Tok milik bekas suami pelakon , Fatin Afeefa telah membuatkan mereka berbalas komen dan hantaran di media sosial tersebut.

Tindakan bekas suaminya, Adam Shahz yang dikatakan sengaja membuka aib tentang kisah cerai mereka dan pemberian nafkah anak-anak telah dimuatnaik sehingga membuatkan orang ramai memberikan komen negatif kepada pasangan itu.

Menurut laporan daripada akaun Xtra, Fatin dilihat telah memuat naik satu paparan komen yang ditinggalkan olehnya pada satu posting TikTok bekas suaminya itu

Dalam hantaan yang dibuat , Adam menyatakan bahawa hak penjagaan anak-anak jatuh kepada bekas isteri dan dia telah memberi nafkah setiap bulan pada anak-anaknya mengikut perintah makhamah.

BACA INI : Man Kidal Diisytihar Muflis

“Kami bercerai. Isteri dapat hak jagaan anak penuh kerana anak kami 2 orang berumur 5 tahun dan 3 tahun. Saya membayar nafkah anak bulanan seperti mahkamah arahkan dan saya dapat hak lawatan. Isteri tidak bekerja pada masa itu”.

“Saya tidak mau campur urusan peribadi isteri saya ada pasangan baru atau hidup barunya asalkan dia dapat menjaga anak-anak dengan baik. Dia ada hak untuk hidup bahagia cara dia,” tulisnya.

Setelah perkara itu menjadi viral di media sosial , Fatin telah tampil menepis dakwaan yang telah ditulis oleh bekas suaminya itu dan mengatakan ianya fitnah yang sengaja dilakukan kerana tidak senang dengan hidupnya sekarang.

Malah Fatin juga sempat mendedahkan suaminya itu tidak memberikan nafkah buat anak mereka selamam 4 tahun dan dia tidak pernah membicarakan hal itu kerana tidak mahu bermasalah.

“Just in case tak jumpa comment I dekat video sebelah, this is my reply. Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, fitnah lagi. Itu je la mampu pun.”

“Dah tua dah… dah dah la tu, move on la… 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife,” tulisnya.

Adam nampaknya sudah membalas kenyataan Fatin dengan membuat beberapa hantaran yang berupa sindirin dan mendapat maklumbalas daripada orang ramai yang berharap agar mereka tidak memburukkan satu sama lain walaupun sudah berpisah .

Sekadar info , Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak namun bercerai pada 2017.

Leave a Comment