Setelah tiga bulan berpisah dengan bekas isterinya ,penyanyi Bad Indigo mengakui merasa terkilan apabila mendapat tahu bahawa bekas isterinya, Ashira sudah bertemu pengganti dirinya.
Walaupun perpisahan mereka adalah berdasarkan keputusan bersama namun BAd mengakui masih merasa sayang dan berharap agar dapat kembali bersama .
“Ketika kami buat video umum penceraian sebelum ini pun saya pernah kata masih sayangkan dia. Saya mahu lihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali bahagia.”
Namun setelah pelbagai berita tersebar dan pengakuan daripada Ashira mengenai pasangan barunya itu , Bad terpaksa menerima semuanya dengan redho yang percaya itu bukan jodohnya.
BACA INI : Ashira Akui Sedang Bahagia Dengan Pasangan Baru
“Namun Allah telah tentukan jodoh kami tak panjang , memang terkejut apabila dapat tahu dia sudah membawa hati dengan orang lain.”
Tidak mahu mengurai tetang perkara tersebut kerana masih menghormati keputusan bekas isterinya walaupun masih ada cinta dihatinya buat Ashira.
Masih Sayang
“Saya pun tak boleh cakap banyak mengenainya kerana takut mengganggu kebahagiaan orang lain. Kita hanya merancang, Allah tentukan segala-galanya,” katanya.
Perkongsian Bad di media sosial menjadi tanda tanya apabila kata- kata yang ditulis memberikan gambaran tentang sakit yang dilaluinya dan menjadi perbualan ramai.
Bad kini menjalani kehidupan biasa dengan berkerusi roda mengatakan hatinya masih belum pulih sepenuhnya selepas berpisah namun sentiada berusaha untuk kuat demi masa depannya.
“Hati ini pun masih belum pulih lagi sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk kuatkan diri dan perkongsian saya di media sosial itu hanya sekadar meluahkan apa yang dirasai ketika ini.”
Walaupun tidak mampu memiliki wanita yang masih dicintainya namun Bad sentiasa mendoakan kebahagiaan Ashira dan berharap Ashira berbahagia dengan hidup barunya.
“Takut juga jika ada yang salah anggap. Sekarang ini saya berusaha meneruskan kehidupan dan pada masa sama saya sentiasa mendoakan Ashira bahagia,” katanya.
Berkongsi tentang hubungannya pula , Bad menjelaskan dia bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti memandangkan keadaan dirinya yang berkerusi roda dan memerlukan rawatan .
“Terus terang saya katakan, saya tak mahu susahkan orang lain dengan keadaan diri saya sekarang. Memang tak terfikir untuk kembali bertemu jodoh. Rasanya mana-mana wanita pun akan fikir dua tiga kali melihat keadaan saya. Semuanya terbatas,” katanya lagi.