Baru-baru ini, tular tentang perkongsian daripada pelakon , Mas Khan di Insta Story tentang dirinya di aplikasi Ig story menerusi Ask Me Question.
Dia yang mempunyai ramai pengikut dan digemari kerana berwajah kacak menjadi perhatian ramai apabila mengaku dirinya tidak solat penuh dan nampaknya yakin dengan kenyataannya itu.
Walaupun dia berterus terang kepada peminatnya namun parkara itu sepatutnya tidak diwarwarkan ke media sosial dan telah membuatkan orang ramai mengecam dirinya kerana kenyataannya itu.
Pengikut tersebut dilihat menanyakan tentang Mas Khan bagaimana dirinya menjadi orang yang berjaya dan adakah pelakon itu menunaikan solat 5 waktu.
Tidak Bersalah
Jawapan daripadaha Mas Khan seolah- oleh tidak bersalah walaupun mengetahui bahawa hukum solat adalah wajib malah membandingkannya dengan pahala lain dan juga hati yang baik.
“Macam mana nak jadi seorang yang berjaya? You solat penuh tak? Sorry tanya… Sebab I suka tengok story you lagi-lagi,” soal pengikutnya.
“Solat penuh tu memang jarang sekali. Yes solat adalah tiang agama ‘wajib’ tapi saya pandang lebih pada hati seseorang itu. Mungkin solat saya ke laut, tapi kita cari pahala tang lain, faham tak? Contoh bersedekah, tolong orang.
“Tidak bermakna solat penuh 5 waktu sehari you boleh cium syurga kalau hati pun tak betul,” tulisnya di media sosial.
Sete;ah persoalan itu dijawab , hantaran berkenaan tular sehingga ada yang mengatakan Mas Khan seorang yang lupa diri apabila berjaya dan tidak berfikir apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
BACA INI :Amelina Ulas Tentang Kes Membabitkan Bekas Suaminya , Buat Ramai Terkedu
Namun ada juga netizen yang mendoakan agar dia mendapat hidayah dan menyesali apa yang dikatakan itu dan berubah selagi masih bernyawa.