Sejak mengenakan tudung , Maryam You Narae mendapat pujian ramai sehingga ramai yang mendoakan agar dia istiqomah dalam berubah kepada yang lebih baik dan menjadi wanita solehah kepada suaminya , Rizal.
Namun terdapat sebuah perkongsian terbaru daripada Maryam yang mendedahkan dirinya telah menolak sebuah tawaran besar daripada satu jenama yang meminta dirinya membuka tudung untuk sesi photoshoot.
Malah yang lebih mengejutkan lagi adalah jenama tersebut sangat terkenal dan menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia . Bukan itu sahaja , Maryam mengakui yang dirinya diminta untuk menipu tentang perkara tersebut.
Yang mana dia perlu menjelaskan kepada orang ramai yang phothoshoot itu berlaku semasa dia belum bertudung sebelum ini dan ini membuatkan Maryam terkilan keranda tidak dihormati sebegai wanita bertudung.
Walaupun baru sahaja memakai tudung baru – baru ini namun Maryam mengakui dirinya tidak tergamak menerima tawaran tersebut hanya semata – mata untuk mendapatkan wang.
Tak Mahu Dikaburi Dengan Wang
“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung. Allahuakbar saya tak sanggup lah buat macam tu so saya reject terus,” tulisnya.
Maryam meluahkan rasa syukur kerana Allah masih menguatkan hatinya dalam melakukan kebaikkan dan akan tidak sesekali dikaburi dengam wang ringgit semata – mata.
Sebelum ini dia juga pernah diminta untuk memakai tudung semasa photoshoot demi mempromosikan jenama tudung tersebut tetapi menolaknya kerana pada waktu tersebut dia masih belum bertudung sepenuhnya seperti sekarang
Malah tidak merasa rugi atau dipinggirkan gara – gara keputusannya ini dan berharap golongan wanita dan mualaf tidak terjebak dengan situasi begini.
“Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya. Ada juga orang minta saya pakai tudung sebab duit, tapi saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit.
BACA INI :Zara Zya Sudah Bersedia Menamatkan Zaman Bujang
“Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman. Maryam doakan semoga tiada mualaf get this kind of situation,” tulisnya.
Menjengah keruangan komen pada hantaran berkenaan , rata – rata peminat mendoakan agar Maryam istiqomah dalam menyesuaikan diri sebagai wanita Islam dan tidak terbuai oleh wang ringgit .
Mereka juga bertanyakan tentang jenama tudung tersebut namaun Maryam hanya mendiamkan diri dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut kepada kepada media.