Pelawak dan pelakon , Mamat Sepah mengakui yang dirinya sudah memohon maaf secara peribadi kepada Shuib kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya karibnya , Shuib kerana komitmen kerja yang mana dia terlibat secara langsung dalam program Mega Spontan 2023.
Malah Mamat memberitahu yang dia sudah menghubungi Shuib pada hari pernikahan sahabatnya itu untuk mengucapkan tahniah dan selamat atas pernikahan keduanya itu.
Mamat juga berkongsi kenangan tentang kehadirannya semasa perkahwinan pertama Shuib dengan Siti Sarah yang mana dia turut hadir tetapi hadir pada hujung majlis kerana kekangan masa .
Selamat Pengantin Baru
“Masa petang itu saya ada menghubungi Shuib. Dulu masa dia kahwin pun saya ada. Saya orang terakhir datang sebab ada penggambaran dan sangat sibuk masa itu.

“Jadi dipendekkan cerita, untuk yang kedua ini pula saya buat ‘video call’ dengan dia sekejap, walaupun ‘line’ tak berapa cantik saya hubungi dia.
“Saya kata ‘good luck brother’. Selamat pengantin baru, maaf saya tak dapat datang,” ceritanya panjang lebar.
Dalam masa yang sama, Mamat juga sempat mengimbas kembali memori perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raissuddin yang dihadirinya.

“Saya masih ingat, 10 jambang bunga ros saya beri pada arwah ketika itu. Masa saya datang, arwah menangis dan masa saya kahwin dulu , Shuib pernah beri saya duit , terima kasih Shuib , beribu dia kasi. Terima kasih.
“Saya tak dapat nak hadir. Selamat pengantin baru buat Shuib, saya doakan berkekalan hingga ke syurga,” ujar Mamat lagi.
BACA INI : Shuib Selamat Menikah Dengan Watie
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam dalam sebuah majlis mewah di Putra Glass Hall , Putra Height, Shah Alam , Selangor.