Sejak dari awal penampilan Aina dalam dunia seni , dia sering dikritik gara – gara fesyen yang diperagakan sering mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen.
Pada mulanya Aina hanya mendiamkan diri dan masih lagi berkeras untuk berpakaian “pelik ” kerana mahu dirinya dikenali dengan gaya seperti itu.
Namun ramai yang tidak bersetuju dengan perkara itu dan sentiasa menegur Aina agar tidak berlebohan dalam berpakaian kerana dia sudah popular dengan bakat nyanyian yang tidak tandingnya di Malaysia.
Malah dia tidak perlu mencari publisiti murahan seperti tiu hanya untuk menaruik minat orang ramai bagi memberikan perhatian kepadanya tetapi bakatnya yang menjadi pujaan ramai sehingga kini.
Beru -baru ini , dia tampil dengan bersederhana dan mendapat pujian daripada orang ramai kerana tampil dengan busana ringkas tetapi kemas sehingga menampakkan kewanitaannya.
Aina menjelaskan yang dia mengambil tindakan tersebut kerana sudah tidak mahu dikecan sehingga mengguris hatinya sendiri dan kelurga terdekat termasuklah ibunya.
Dia juga mengakui sudah lelah dengan segala kecaman yang dilemparkan dan mahu menjaga hati peminat yang sememangnya sayangkannya kerana bakat yang dimilikinya.
Nasihat Ibu
Disebabkan itu , dia memilih untuk mengikuti nasihat daripada ibunya dan berharap perkara itu mendapat sokongan daripada orang ramai dan keluarga.
“Saya juga manusia biasa, saya ada hati sama juga macam semua orang, rasa tak seronok bila kita buat sesuatu, kita asyik fikir apa orang suka dan tak suka. Saya sebenarnya sudah letih dengan kecaman sedemikian.
“Memang betul kena abaikan haters tapi saya kena fikirkan juga perasaan mak saya memandangkan mak saya sentiasa mengikuti perkembangan saya di platform media sosial, mak baca komen,” katanya.
“Mak adalah penyampai maklumat saya selain pengkritik utama, bila dia nasihatkan saya berkaitan pakaian, saya perlu akur dengan permintaan mak juga.
“Mak cakap, tak payahlah (pakai baju pelik), pakai biasa je, makin lama orang membenci, itu semua doa,” ujarnya.
Namun dia tidaklah terus melupakan haasratnya dengan berbusana daripada rekaannya sendiri selepas ini tetapi akan tetap tampil “meriah” pada masa akan datang pada acara yang bersesuaian.
Sementara itu, Aina berkata dia akur dengan permintaan netizen namun tidak akan meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang memang sinonim dengan dirinya.
“Saya akur dengan netizen cakap, kadangkala okey untuk kata ‘YA’ pada permintaan netizen. Saya tidak rasa nak lawan netizen atau lemah sebab ikut kata mereka namun saya percaya pada akhirnya, pakaian tetap pakaian, kalau netizen suka pakaian saya macam ini (sederhana) syukurlah.
BACA INI :“Aku cari kau sampai dapat bangsat” – Yamani Abdillah
“Jujurnya saya ada macam-macam idea baju untuk Big Stage tapi takpelah saya simpan dan pakai masa konsert saya sendiri nanti,” katanya.